Saturday 8 February 2014

SET PENYUSUAN TERBAIK SHAKLEE


Kebaikan Penyusuan Ibu Kepada Ibu dan Bayi 

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. 

Susu Ibu Merupakan Makanan Terbaik Bayi

  • Mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. 
  • Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihadapi oleh bayi yang baru lahir. 
  • Kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi.


 Manfaat Kesihatan untuk Ibu :

  • Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya.


Secara menyeluruhnya, diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.


Nutrien yang Perlu Diambil oleh Para ibu yang Menyusui Bayi bagi Memastikan Kesihatan Babi dan Ibunya

Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh.

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tertumpu pada bayi. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Kompleks
Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.

Kalsium
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium, Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak, Ia Telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu menpunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tuampuan  (ADHD) atau autisme.

Alfalfa
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara traditional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.



Shaklee Breastfeeding Set

Family Wellness( ESP + Vit-Lea + Vit-C + B-Complex)
Mengandungi keseluruhan nutrisi untuk kekal cergas dan sihat. Ia memberikan tenaga dan makanan berkhasiat untuk tubuh yang sihat.

Ostematrix
Menyediakan nutrien matriks unik termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi bagi mengekalkan tulang dan gigi yang sihat.

Alfalfa Complex
Alfalfa Complex yang dicipta oleh Dr.Forrest C Shaklee pada tahun 1950-an merupakan Formula Milik Penuh Shaklee(Shaklee Signature Formula). Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral.

TESTIMONI:




Feedback dari Aisya Ellisyia 
"Alhamdulillah. . Inilah hasilnya selepas 5 hari menggunakan produk shaklee. . Set menyusu. "



Jika berminat, boleh hubungi saya utk maklumat selanjutnya.

 ayunutrihealthy@gmail.com

 013-778 7401


NOOR IDAYU (ID:883970)
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
MELAKA, MALAYSIA

No comments:

Post a Comment