Saturday 18 January 2014

Atasi Gastrik Dengan Shaklee Mighty 3 GEM

Anda boleh atasi gastrik ketika puasa dengan Set Shaklee Mighty 3 Gem.
  
Menurut Pakar Perunding Gastroenterologi dan Perubatan Dalaman, PPUKM, Profesor Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali, gastrik dan ulser perut adalah dua penyakit yang berbeza. Gastrik dan gastritis merupakan keradangan pada dinding perut manakala ulser perut adalah luka akibat hakisan asid perut.

Pesakit gastrik harus bijak memilih antara kewajipan berpuasa dan kewajipan menjaga kesihatan. Mustahak bagi pesakit untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor sebelum mula berpuasa.

Kenapa Set Shaklee Mighty 3 Gem adalah penyelesaian paling bagus untuk pesakit gastric yang hendak berpuasa? Jom kita lihat bagaimana Mighty 3 Gem mengawal atau atasi gastrik ketika puasa.



Mighty 3 Gem mengandungi ESP, Mealshakes & Performance Drink.

~ESP dan Mealshakes membantu:
*kurangkan rasa senak, berangin atau pedih rasa kenyang yang lama
*kekalkan berat badan yang seimbang.
*memberi 19 vitamin dan mineral (Mealshakes), dan 
*kaya dengan sumber kalsium dan 
*merupakan sumber protein  

~Performance Drink membantu:
*kurangkan rasa haus
*kekalkan penghidratan semasa puasa

Apa vitamin tambahan yang boleh diambil dan fungsi² vitamin itu ?   

B Complex - Ia bertindak sebagai anti-stres atau penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit.

Ostematrix -  Ia terdiri daripada kalsium, magnesium, vitamin D dan beberapa gabungan mineral yg lain. Ia membantu meneutralkan asid yang memasuki esofagus dan mengelakkan berlakunya pedih ulu hati. Mengikut kajian saintifik,  kekurangan kalsium merupakan salah satu punca gastrik. 

** B Complex + Ostematrix juga pasangan vitamin terbaik untuk mengatasi migrain. 


Tips² yang lain: 
~Amalkan gaya hidup sihat. Berhenti merokok & meminum alkohol.
~Kurang pengambilan ubat tahan sakit
~Amalkan pemakanan secara sihat & teratur.
~Pada bulan puasa, seelok-eloknya lewatkan bersahur
~Makan sekerap yang boleh dalam kuantiti yang kecil
~Kurangkan makanan² berempah, bercili dan masam
~Kurangkan minuman berkafein dan bergas
~Kerap mengambil susu kerana susu bersifat alkali & membantu mengurangkan keasidan perut.

Jika berminat, boleh hubungi saya utk maklumat selanjutnya.

     ayunutrihealthy@gmail.com

     013-778 7401


Noor Idayu (SID:883970)



SET MENGANDUNG SHAKLEE TERBAIK

Set Mengandung Shaklee memberikan nutrien-nutrien terbaik kepada ibu-ibu sepanjang tempoh mengandung dan ia 100% selamat untuk bayi dalam kandungan.

Mesti ramai yang bertanyakan apa bezanya Set Kehamilan (atau Set Mengandung), Set Penyusuan dan Set Berpantang (bersalin) Shaklee?

Sebenarnya semua set yang tersebut itu sesuai diambil sepanjang tempoh mengandung. Dan, Set Mengandung Shaklee juga boleh digunakan semasa berpantang (sebagai Set Bersalin/Set Berpantang).

Inilah keunikan dan beza Set Bersalin Shaklee dengan brand set bersalin yang lain di pasaran. Bahan-bahan yang digunakan selamat diambil semasa mengandung, berpantang, menyusu dan sebenarnya bila-bila masa sahaja.




Set Mengandung Shaklee adalah vitamin terbaik dan selamat buat ibu-ibu mengandung sebab…

1.    Shaklee adalah syarikat makanan tambahan No.1 di dunia dan sudah glemer sejak lebih 50 tahun dahulu,

2.    Set Mengandung (atau Set Kehamilan) Shaklee boleh diamalkan ibu-ibu yang mementingkan kesihatan diri dan bayi sepanjang tempoh kehamilan sehingga ke berpantang.

Mari kita senaraikan, vitamin-vitamin yang ada di dalam Set Kehamilan (atau Set Mengandung), Set Penyusuan dan Set Berpantang Shaklee.  

(1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
Vitalea adalah multivitamin lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Vitalea penting sebab ia membantu memastikan ibu-ibu menerima zat dan vitamin yang cukup untuk kesihatan optimum. Zat besi di dalam Vitalea menolong ibu-ibu sentiasa cergas dan tidak mudah pitam, tidak lesu, dan dapat fokus kepada aktiviti harian .

(2) B-Complex
B Complex Shaklee dilengkapi semua 8 Vitamin B yang essential. Vitamin B diperlukan oleh tubuh badan supaya kekal bertenaga, agar otak lebih fokus dan emosi lebih stabil. B complex juga dikenali sebagai vitamin anti-stres.   

(3) Vitamin C Chewable
Vitamin C bertugas sebagai anti-oksidan, ia membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi. Ianya juga dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin.

(4) Ostematrix (Kalsium & Magnesium)
Penambahan pengambilan kalsium semasa mengandung adalah mustahak sebab ia amat penting untuk pembinaan darah, tulang ibu dan bayi. Kalsium juga diperlukan oleh ibu-ibu menyusu untuk mempertingkatkan kualiti susu semasa menyusukan. Kalsium dikatakan dapat membantu melancarkan penghasilan susu ibu. Oleh itu, ibu-ibu dinasihati mengambil Ostematrix untuk mengantikan kehilangan kalsium semasa menyusukan. Jika tahap kalsium di dalam badan ibu-ibu kritikal dan rendah maka dikhuatiri ibu-ibu ini mungkin akan mendapat tinggi risiko osteoporosis, kerap rasa sengal di kaki, tulang belakang, dan mudah letih serta lesu.

Sudah ada beberapa customer yang mengambil Ostematrix menyatakan ianya dapat membantu mereka  mengharungi masalah susu merudum semasa datang bulan dan semasa berpuasa.

(5) EnergizingSoy Protein Isolate Powder  (lebih dikenali sebagai ESP)
(diambil semasa menganding, selepas bersalin dan semasa menyusu)
Antara komposisi utama di dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Pembinaan hormon, enzim dan antibody memerlukan protein. Selain itu protein membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu-ibu yang sentiasa aktif berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu kulit ibu menjadi lebih licin, kembali gebu dan anjal.


(6) OmegaGuard (EPA & DHA) 
DHA adalah asid lemak yang dijumpai di dalam badan kita terutama di otak.
DHA sangat penting dalam perkembangan otak, serta perkembangan janin.
DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Oleh kerana bayi tidak mampu menghasilkan DHA itu sendiri, mereka mendapat DHA daripada susu ibu mereka.

Sebelum bayi dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, secara normal ibu akan mengalami kekurangan DHA di dalam badan.

Justeru itu,  pakar-pakar mencadangkan supplemen Omega 3 kepada ibu-ibu mengandung dan juga ibu-ibu yang menyusukan. Ini adalah untuk menambahkan DHA di dalam proses perkembangan fetus dan mengekalkan DHA untuk ibu-ibu.

(7) Zink Complex (diambil selepas bersalin)
Sangat membantu di dalam penyembuhan luka bersalin dengan lebih cepat dan pada masa yang sama membantu mengelakkan “post-natal depression” atau meroyan.

(8) Alfalfa Complex (diambil selepas bersalin dan semasa menyusu)

Alfalfa terkenal sebagai milk booster. 
Alfalfa membantu meningkatkan imunisasi, dan bagi kalangan ibu-ibu menyusukan, ia agak membantu dalam proses MEMPERCEPATKAN DAN MEMPERBANYAKKAN PENGHASILAN SUSU IBU.


Nota:
Vitamin-vitamin dari nombor 1 hingga ke 6 boleh diambil sepanjang masa kehamilan.
Setelah melahirkan, vitamin nombor 7 dan 8 yang seterusnya boleh disertakan dan dikenali sebagai Set Bersalin (atau berpantang) Shaklee

HUBUNGI:

     ayunutrihealthy@gmail.com

    013-778 7401

NOOR IDAYU (SID : 883970)
MELAKA.

Friday 17 January 2014

Set Bersalin Terbaik - Set Berpantang Moden Shaklee

Set Bersalin Shaklee boleh diambil hari pertama ibu-ibu bersalin. Ianya selamat diambil walaupun bayi mengalami jaundice atau G6PD berbanding Jamu biasa.

Saya percaya ibu-ibu yang sedang hamil pasti sibuk mencari set bersalin yang sesuai dan terbaik, terutama yang memilih untuk menyusukan bayi.

Soalan yang bermain di fikiran anda semestinya…set bersalin mana yang terbaik? set berpantang mana yang sesuai? Set mana yang sesuai jika baby jaundis?

Seharusnya, anda perlu mencari set yang mudah diamal, harga mampu milik dan selamat untuk bayi menyusu. Set bersalin yang selamat untuk menyusukan bayi adalah yang berasaskan ramuan tradisional dan semulajadi seperti herba, jamu dan set bersalin yang terdiri daripada pil-pil.

Secara ringkasnya, fungsi set berpantang adalah untuk:
Memulihkan organ peranakan supaya kembali subur dan memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.   
Memulihkan luka luaran dan dalaman selepas bersalin.
Mengembalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin 
Supaya dapat mengelakkan stres dan meroyan 

Akan tetapi, tidak semua yang serasi dengan set bersalin tradisional (jamu).
Mungkin ada juga di antara anda yang tidak sempat untuk menghabiskan set pantang tradisional sejak melahirkan anak pertama disebabkan cara pengambilannya yang remeh ataupun produk yang diambil dirasakan tidak bersesuaian.


Lebih-lebih lagi untuk ibu yang bayinya mengalami jaundis tidak boleh mengambil jamu kerana dikhuatiri isi kandungan tertentu yang akan melambatkan lagi hilangnya jaundis pada bayi tersebut.
  
Mujur sekarang sudah ada produk yang mudah dan berkesan iaitu set bersalin dan  berpantang moden Shaklee. Ianya paling sesuai untuk ibu-ibu yang mementingkan kesihatan dalaman, berpantang sendiri serta menyusukan anak.  

Set berpantang Shaklee terdiri daripada 4 jenis produk vitamin dan mineral:

- VITA-LEA
Membekalkan 23 jenis vitamin 
Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
Menolong memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan
Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan

- B COMPLEX
Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan

- VITA C
Menolong mengurangkan simptom alahan
Anti Oksidan semulajadi
Menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah

- ZINC COMPLEX
Mengurangkan keguguran rambut
Meningkatkan sistem imun, menolong penyembuhan dan masalah jeragat
Menyembuh daya seksual dan pertumbuhan organ





Oleh itu, berpantang dengan Shaklee dapat membantu anda terutama ibu-ibu yang baru bersalin, yang menjalani pembedahan serta yang mengalami masalah keguguran rambut.

Namun begitu, Ibu lepas bersalin bukan saja memerlukan khasiat vitamin semulajadi dan mineral secukupnya, malah air yang mencukupi untuk memastikan sistem tubuh berfungsi secara optimum.

Set bersalin Shaklee dapat membantu ibu tenang menghadapi rutin harian, dan menyediakan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman badan dengan berkesan (terutamanya yang melahirkan secara caesarean) dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang disusukan.

Dapatkan hari ini untuk bekalan sepanjang berpantang!
Set bersalin Shaklee pastinya set berpantang yang paling digemari  

Untuk para suami, pilihlah set bersalin terbaik untuk isteri anda.


Anda boleh hubungi saya melalui:

* Noor Idayu (SID:883970)

* ayunutrihealthy@gmail.com

* 013-778 7401


Cara Kuruskan Badan Dengan Set Kurus Shaklee


Semua orang nak bentuk badan yang kurus secara sihat. Ini adalah sebab bukan saja senang nak cari baju, malah senang nak beraktiviti, nampak lebih berkeyakinan dan paling penting kuruskan badan secara sihat dapat memelihara kesihatan  

Set Kurus Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Berdasarkan pengalaman saya, set kurus Shaklee bukan saja menolong saya menurunkan berat badan malah susu bertambah banyak dan telah menolong saya menyusukan anak saya sehingga 2 tahun lebih. 

Jom berkenalan dengan Set Kurus Shaklee.

Set ni terdiri daripada tiga komponen iaitu bakar, buang dan bina.

1) BAKAR LEMAK : Lecithin / Omega Guard







2) BUANG LEMAK (DETOX) : Herb-lax / Alfalfa






3) BINA OTOT: ESP (Energizing Soy Protein) / Cinch



BAKAR DAN BUANG :
Lecithin/Omega Guard + Herblax /
Lecithin atau Omega memecahkan lemak yang berlebihan di dalam badan. Herblax atau Alfalfa pula berfungsi sebagai medium pengangkutan untuk membawa keluar daripada badan.
Oleh itu, konsep Bakar dan Buang Shaklee ini secara umum memang berkesan untuk menurunkan berat badan.


Kenapa Detox itu penting?
Detox adalah untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang terkumpul dalam badan. Tanpa mengeluarkan toksin yang terlampau banyak di dalam badan, badan sukar menyerap nutrient dari makanan seharian dan supplemen.

** Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 20KG DALAM SEBULAN !”..
** Itu sebenarnya diet paling tak berjaya, because the weight lost will rebound!

BINA :
Kenapa Protein penting?
----------------------------
Protein penting untuk pelihara otot dalam badan.
Perasan atau tidak, ada orang yang berat badannya turun tetapi badan dia masih flabby (menggeleber)? Berat yang turun tu bukan kerana kurang lemak tapi dia kehilangan otot.
Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.

** Untuk Ibu menyusu, disarankan mengambil ESP (Energizing Soy Protein) dan bukan Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri mungkin akan membantutkan pertumbuhan bayi.



Perlukah ANDA mengambil kesemua produk / set?

Adalah digalakkan untuk mengambil kesemua produk sebab ia akan menghasilkan kesan yang optimum - iaitu Kurus dengan Sihat.

Jika anda hendak mencuba set ini tetapi kurang bajet, boleh mulakan samada dengan herb-lax+lecithin atau ESP+herblax dulu. Selepas berat badan mula turun, boleh tambah lagi produk untuk melengkapkan set ini.


Disini saya secara ringkas, memberi sedikit tips kuruskan badan dengan lebih cepat
1.       Minum 2-3Liters air setiap hari
2.       Kurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian
3.       Kurangkan makanan yang berminyak
4.       Melakukan senaman yang dapat membakar kalori banyak, seperti berlari
5.       Banyakkan makan buah dan sayuran



Dan, bezanya SHAKLEE berbanding produk pelangsing lain adalah  …

1.       Memberikan nutrien yang mencukupi.
2.       Melindungi otot.
3.       Indeks glisemik yang rendah.
4.       Penggunaan bahan2 asli bebas GMO.
5.       Mengandungi makro & mikro nutrien penting.
6.       Diuji secara klinikal.

Anda boleh hubungi saya  melalui:


ayunutrihealthy@gmail.com 



   
013-778 7401   /   019-354 2254

Noor Idayu & Hairul Anuar
Melaka, Malaysia