Monday 16 December 2013

Atasi Mudah Letih dan Tidak Bertenaga dengan ESP



Badan sihat, kerja pun beres

Akhirnya dapat juga saya meluangkan masa untuk berkongsi kebaikan shaklee dengan uols. Semoga pencinta-pencinta SuperbVitamin berada dalam keadaan sihat yang optimum. Sihat dan ceria! Jangan murung tau.


Hari ini saya nak bercerita tentang masalah mudah letih tidak bertenga dan mengantuk. Seawal pagi kita bingkas bangkit dari tidur dan ceria untuk memulakan rutin harian kita. Tapi baru masuk pukul 10 pagi badan dah lemau. Asyik mengantuk sahaja. Kusangkakan panas sampai ke petang rupanya belum tengah hari dah hujan. Aiyaaark! Apa nak jadi ni. Nak kata tidur tak cukup, rasanya tak pula. Macam mana boleh jadi letih tidak bertenaga ni? Adakah faktor permakanan?

 Sarapan pagi dengan esp Shaklee

Sarapan pagi dengan esp Shaklee

Entri kali ini saya nak bercerita tentang kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee ESP yang dapat membantu kita bertenaga berjam-jam. Ciptaan dari Shaklee yang melengkapkan ESP mempunyai ciri-ciri tindak balas glisemik

Tindak balas glisemik ni menerangkan kesan makanan kepada paras gula dalam darah. Hasil saintis Shaklee telah mencipta indeks glisemik yang rendah dalam Energizing Soy Protein ESP. Ia membolehkan gula dalam darah dipecahkan secara perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Tidak seperti keretapi laju. Perlepasan tenaga secara perlahan inilah yang membuatkan kita merasa bertenaga selama berjam-jam. Selain itu kesimbangan metabolik yang terbentuk selepas kita minum esp ini akan membuatkan kita berasa tidak lapar, tenang dan selesa.

Tanpa kita sedari atau pun sengaja kita tak mahu ambil peduli, cuba kita makan aiskrim (indeks glisemik tinggi) atau makanan manis. Kita mungkin akan berasa cepat lapar malahan mungkin berasa letih, mengantuk dan cepat marah. Ini terjadi apabila paras gula yang tinggi dalam darah selepas makan aiskrim telah menurun secara mendadak seperti keretapi laju. 

Contoh lain yang mudah apabila kita mengambil sarapan nasi lemak. Selepas kita menikmati kelazatan nasi lemak pasti mata akan menjadi mudah mengantuk, badan lesu dan tidak bertenaga. Padahal kita memperolehi tidur yang cukup malam tadi.

Sarapan pagi dengan esp Shaklee 

Sudah gaharu cendana pula. Sudah tahu bertanya pula. Uols dah tahu apa nak buatkan. Untuk atasi mudah letih tidak bertenaga setiap hari bersarapanlah dengan ESP. Tinggalkan menu sarapan yang tidak menyihatkan. Kebaikan esp bukan setakat ini sahaja. Malah kita akan dapat menikmati pelbagai kebaikan daripada ESP. Kulit bertambah cantik dan anjal, tiada lagi wajah yang kusam dan sebagainya. Boleh baca perincian ESP di sini.

Sebelum saya akhiri entri ini, marilah kita membuat perubahan dalam mengambil menu permakanan kita setiap hari. Berdisiplin dalam menentukan menu yang sihat dan terbaik untuk kita dan keluarga kita. Sesungguhnya lebih mudah kita mencegah daripada mengubati. Nikmat hidup sihat memang tiada galang gantinya. Pilihan di tangan kita. U DECIDE!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noor Idayu Khalid

♥ sms/whatsApp: 013-778 7401

♥ Fb: www.facebook.com/pages/Ayu-Nutri-Healthy/ sila klik LIKE utk info terkini

♥ Email : ayunutrihealthy@gmail.com


Wednesday 27 November 2013

Set Kesuburan



Kesuburan samaada si suami atau si isteri adalah sangat penting dalam proses untuk menimang cahaya mata. Sesungguhnya rezeki itu bukan di tangan kita kerana ia adalah kerja yang Maha Esa. Namun kita juga disarankan untuk berusaha dalam memperoleh sesuatu seperti anak. Di Shaklee kami ada mencadangkan beberapa jenis produk khusus untuk lelaki atau perempuan dalam meningkatkan tahap kesuburan mereka.

Apa sebenarnya punca wujudnya masalah kesuburan?

Walaupun wanita hanya melepaskan satu telur tiap bulan, lelaki mengeluarkan satu hingga tiga juta sperma dalam satu ejakulasi. Persenyawaan bergantung kepada bilangan benih lelaki yang mencukupi dan mampu bergerak.

Keduanya, saluran peranakan wanita mempunyai bentuk normal dan tidak ada sekatan atau rintangan yang menghalang perjalanan benih lelaki. Ovum biasa boleh hidup selama 24 ke 28 jam selepas keluar dari ovari. Persetubuhan mesti dilakukan dengan jaya pada waktu kesuburan isteri, kerana ketika itu ovum dikeluarkan.
(Sumber:  © Utusan Melayu (M) Bhd)

Biasanya jika isteri ada Endometriosis (cysts), masalah ovulasi, kualiti telur yang rendah, ataupun menghidap Polisistik Ovary Sindrom, ataupun tiub Fallopio yang tersumbat akan dilabel sebagai bermasalah kesuburan.

Namun, kita tidak boleh hanya salahkan satu pihak sahaja,  sebab lelaki pun mungkin menyebabkan satu suami isteri tidak mendapat zuriat   
Lelaki yang spermanya lemah,atau mempunyai salur mani yang tersumbat juga akan menyebabkan masalah ketidaksuburan.

ADA APA DI DALAM SET KESUBURAN SHAKLEE?
Set Kesuburan Shaklee mengandungi Vitamin E, Zink, Alfalfa, GLA dan B Complex.

(1) Vitamin E
✔ Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, ia juga melancarkan peredaran pembuluh darah, dan mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA), ia juga terkenal dengan khasiat tingginya untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.
✔ Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal.
Lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen selenium yang mencukupi akan membantu mengeratkan hubungan intim suami isteri.

(2) Zink
✔ Zat yang sangat penting dlm proses pembentukan hormon testosterone lelaki, ia diperlukan untuk maintain kuantiti air mani, kekalkan paras testosteron yang bersesuaian dan menyenangkan sperma secara aktif menuju ke ovum.

✔ Ia juga berperanan dalam proses pembentukan DNA, mengekalkan keinginan intim tinggi dan menghasilkan sperma sihat.

✔ Kekurangan Zink akan mengakibatkan masalah intim seperti sperma abnormal dan penyakit prostat.

✔ Zink boleh diamalkan sama ada suami atau isteri, sebab ia bertugas untuk melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

(3) Alfalfa 

✔ Diamalkan wanita, terutama yang rasa ketidakselesaan ketika bersama, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid tidak teratur atau senggugut (sakit pinggang melampau masa haid). Alfalfa dimakan bersama Ostematrix akan member kesan lebih efektif dalam mengurangkan simptom PMS. Ia turut membantu mengeratkan hubungan intim suami isteri. Ada juga yang mengaitkan Alfalfa dalam mengatasi masalah PCOS.

(4) GLA Complex

✔ Diamalkan wanita, terutama yang bermasalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu penghasilan cecair serviks yang berkualiti - "mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)".

✔ Cecair serviks ini sangat subur, berair, cerah & likat, seterusnya akan membantu sperma berenang dengan efisyen ke uterus, ke tiub Fallopio dan ke telur (ovum). Cecair serviks yang subur juga membantu sperma hidup lebih lama. Justeru itu, GLA dianggap sangat membantu dalam proses persenyawaan.

(5) B-Complex

✔ Dilengkapi semua vitamin B dan asid folik. Amat disarankan bagi yang ingin mengatasi masalah anemia yang mungkin satu faktor masalah kesuburan. Ia juga dapat mengurangkan risiko kecacatan janin dan tiub neural.



Anda boleh hubungi saya  melalui:

Noor Idayu (SID: 883970)

Email: ayunutrihealthy@gmail.com 

Whatsapp / SMS:  013-778 7401